Pendahuluan | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat » Pendahuluan

Pendahuluan

logo CiRNeT 2013-2021

logo CiRNeT 2021-kini

 

Elemen pengukuhan hubungan dua hala antara Universiti dan Industri dalam pelbagai kerjasama strategik merupakan rantaian kepada usaha memperkasakan peranan Universiti yang tidak terhad kepada gedung penerokaan ilmu tetapi menjadi sumber rujukan dan pusat sehenti bagi mendapatkan tenaga manfaat dari hasil penyelidikan, perundingan, pengkomersialan, inovasi dan perkongsian kepakaran dari warga UPM.

Ianya selari dengan peranan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) bagi menyelaras dan mempertingkat jalinan kerjasama dalam usaha memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pengembangan dan perkhidmatan yang menjadi teras kepada motto "BERILMU BERBAKTI".

Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan hasrat ini, peranan ini telah dilaksanakan oleh Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT).

CiRNeT diwujudkan bagi menyelaras perkembangan skop jaringan industri di peringkat universiti. Antara aktiviti sepanjang penubuhannya adalah seperti berikut:

  • menjaring kerjasama strategik yang memberi nilai tambah kepada universiti terutama kepada skop penjanaan pendapatan dan peningkatan industri seperti yang disasarkan dalam Key Performance Indicator.
  • menjalankan aktiviti kerjasama dengan industri seperti penganjuran latihan, peluang penempatan latihan industri dan perhubungan industri.

 

Kemaskini:: 14/06/2023 [zaidi_tajuddin]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXETTAI~