SOALAN LAZIM | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PERKHIDMATAN
1
Soalan 1: Di manakah lokasi Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT)?

Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) terletak di Aras Dua, Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat UPM (dahulunya Fakulti Pertanian). Secara dasarnya Pusat Hubungan dan Jaringan Industri beroperasi di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat).

2
Apakah yang dimaksudkan dengan kerjasama dengan Industri?

Merujuk kepada Prosedur Pengurusan Kerjasama UPM dengan pihak Industri, jalinan kerjasama dengan industri merujuk kepada penempatan latihan industri, bidang penyelidikan, peluang kerjaya, perkhidmatan profesional, anugerah pelajar, khidmat perundingan, perkongsian kepakaran, perkongsian kemudahan, penjanaan pendapatan dan penganjuran aktiviti berkaitan Universiti-Industri.

Garis panduan kerjasama boleh dirujuk di laman web Sistem Pengurusan Kualiti melalui http://reg.upm.edu.my/spk_upm/.

3
Adakah sebarang prosedur atau carta alir yang boleh dirujuk oleh PTJ bagi menjalankan kerjasama dengan industri?

Maklumat terperinci berkaitan Prosedur Pengurusan Kerjasama Industri boleh dicapai di laman web Sistem Pengurusan Kualiti melalui http://reg.upm.edu.my/spk_upm/.

4
Siapakah yang patut saya hubungi sekiranya saya ingin mendapatkan khidmat nasihat sekiranya PTJ saya bercadang untuk mewujudkan satu jaringan kerjasama atau mengadakan aktiviti dengan pihak industri

Bahagian Hubungan Industri berperanan sebagai perantara bagi membantu PTJ dalam mewujudkan jaringan kerjasama strategik atau mengadakan aktiviti pihak industri. PTJ boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Industri melalui talian 03-97694263 untuk keterangan lanjut

5
Apakah peranan Bahagian Hubungan Industri

Bahagian Hubungan Industri berperanan sebagai pemudah cara dalam menjaring kerjasama strategik antara Universiti Putra Malaysia atau PTJ dengan pihak industri. Menjadi amalan, Pegawai Perhubungan Industri akan menjadi perantara untuk tujuan perbincangan dua-hala antara UPM dan industri, bantuan dalam penyediaan dokumentasi dan membantu PTJ dalam mengadakan hubungan awal dengan pihak industri.

6
Bilakah pelajar UPM menjalani latihan industri?

Pelajar prasiswazah UPM menjalani latihan industri bagi masa dan tempoh yang berbeza mengikut program pengajian. Sila rujuk Jadual Latihan Industri UPM untuk maklumat lebih lanjut

7
Apa yang perlu saya lakukan jika ingin mendapatkan pelajar UPM menjalani latihan industri di organisasi saya

Organisasi yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan bagi mendapatkan pelajar UPM untuk menjalani latihan industri dan perlu dihantar ke Pusat Hubungan dan Jaringan Industri melalui kaedah berikut:

Menerusi E-mel: muhammadfaiz@upm.edu.my

Dihantar terus ke: Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang Selangor.

Kandungan surat rasmi tersebut perlu dinyatakan dengan jelas mengenai latar belakang organisasi, program pengajian yang diperlukan, skop latihan yang akan diberikan kepada pelajar dan kriteria spesifik yang diperlukan contohnya seperti CGPA, kemahiran bahasa, kemahiran komputer dan sebagainya.


PELAJAR
8
Jika saya telah mendapat pembiayaan dari pihak Universiti untuk menjalani latihan industri di dalam negara pada tahun ini, bolehkah saya memohon untuk mendapat pembiayaan bagi menjalani latihan industri di luar negara pada tahun hadapan?

Tidak boleh. Pelajar hanya layak mendapat sekali sahaja pembiayaan untuk menjalani latihan industri dengan menggunakan peruntukan dari Tabung Amanah Latihan Industri.

Kemaskini:: 09/03/2021 [zaidi_tajuddin]

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXDdQAp~