NOTA PENGARAH | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat » NOTA PENGARAH

NOTA PENGARAH

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) UPM. Saya amat berbesar hati di atas kunjungan dan mengalu-alukan kunjungan anda. Luangkan sedikit masa anda untuk mengenali kami dan perkhidmatan yang diberikan di CiRNeT.

Sebagai pusat rujukan dan khidmat nasihat di peringkat Universiti, CiRNeT memainkan peranan dalam melonjakkan perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat yang merupakan salah satu objektif dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020.

Saya percaya CiRNeT dapat memperkasakan jaringan strategik yang relevan dan berimpak antara UPM dengan industri termasuk pihak syarikat, badan kerajaan dan juga badan bukan kerajaan dalam bidang pembangunan industri dalam kampus, pemantapan program modal insan, memperluas peluang penempatan latihan industri dan mearik industri ke UPM menerusi tanggungjawab sosial korporat oleh industri.

Terima kasih saya ucapkan kepada industri yang telah berganding bahu bersama UPM; komitmen yang diberikan adalah amat bermakna dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan.

Adalah diharapkan agar laman ini menjadi wadah untuk perkongsian maklumat kepada semua dan juga menjadi jambatan permulaan jalinan kerjasama antara UPM dan industri.

Hubungilah kami. Kami sedia membantu.


"BERILMU BERBAKTI"


Prof. Madya Dr. Azlizam bin Aziz
Pengarah
Pusat Hubungan & Jaringan Industri (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia

 

 

Kemaskini:: 03/05/2017

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471193
0389464239
B1566609029