Pelaporan Aktiviti JINM Dalam Sistem HISTAF | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» PERKHIDMATAN » Pelaporan Aktiviti JINM dalam Sistem HISTAF

Pelaporan Aktiviti JINM dalam Sistem HISTAF

PENGENALAN

Sistem HiStaf Skop JINM atau Sistem Pintar Jaringan Industri dan Masyarakat (ICRIS 2.0) merupakan satu (1) sistem yang dibangunkan bertujuan untuk menambah baik Sistem ICRIS sedia ada agar pelaporan aktiviti Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) UPM lebih berstruktur, mudah serta mesra pengguna.

LATAR BELAKANG

  • Pembangunan sistem adalah berdasarkan hasil dapatan survei penggunaan Sistem ICRIS pada Januari 2021
  • Kumpulan Task Force Pembangunan Sistem ICRIS 2.0 diwujudkan bagi menyokong pembangunan
  • Sistem HiStaf dipilih sebagai ‘rumah’ baharu Sistem ICRIS 2.0 bagi merealisasikan semua data berkaitan pegawai akademik dikumpulkan di bawah satu bumbung
  • Pengukuran prestasi akademik untuk SKT dan  ELPPT
  • Pelaporan KPI TNC JINM pada setiap suku tahun
  • Pengukuran untuk kenaikan pangkat pegawai akademik dan pengiktirafan PTJ/ Industri/ Komuniti

 

PELAPORAN HISTAF BAGI JARINGAN INDUSTRI
 
Pelaporan bagi jaringan industri adalah mengikut sukuan tahunan:
  • Sukuan Pertama : bulan Mac
  • Sukuan Kedua : bulan Jun
  • Sukuan Ketiga : bulan September
  • Sukuan Keempat : bulan Disember

 

Laporan aktiviti JINM menggunakan sepenuhnya Sistem HiStaf UPM.  Pangkalan Data tersebut boleh diakses melalui URL berikut; 

 

Bagi memastikan laporan jaringan industri PTJ diproses dengan lengkap, dimohon PTJ untuk melaksanakan tindakan berikut:

  1. Kemasukan rekod aktiviti JINM oleh Ketua Projek ke dalam Sistem HiStaf Skop JINM sebelum atau pada 30 Mac, 30 Jun, 30 September dan 30 Disember;
  2. Semakan oleh Urusetia JINM PTJ melalui Sistem ICMS(icms.upm.edu.my) sebelum atau pada 30 Mac, 30 Jun, 30 September dan 30 Disember;
  3. Pengesahan oleh Ketua PTJ melalui Sistem ICMS(icms.upm.edu.my) sebelum atau pada 30 Mac, 30 Jun, 30 September dan 30 Disember.

 

MANUAL PENGISIAN LAPORAN AKTIVITI JINM (SKOP INDUSTRI) DI HISTAF UPM

 

Sekiranya terdapat kemusykilan atau pertanyaan lanjut, YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut:-

  • Modul Industri
    Encik Muhammad Faiz bin Zakaria
    (sambungan 4263)
  • Modul Komuniti
    Puan Khadzamah binti Khalid
    (sambungan 6718)

  • Pertanyaan Umum
    Puan Nor Salina binti Ahmad Soobni
    (sambungan 1195)
 
 
 

 

Kemaskini:: 15/07/2022 [zaidi_tajuddin]

PERKONGSIAN MEDIA

W, (04:06:48am-04:11:48am, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]