Rundingan Kerjasama UPM-BRCR Dalam Program CSR Bata-BRCR | Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
» NEWS » Rundingan kerjasama UPM-BRCR dalam program CSR Bata-BRCR

Rundingan kerjasama UPM-BRCR dalam program CSR Bata-BRCR

19 November , Seri Kembangan - Perbincangan di antara UPM dan BRCR pada 19 November 2021 berkenaan libatsama serta sokongan sumbangan in-kind dari UPM dalam program CSR Bata-BRCR yang dijangka diadakan pada 25 November 2021. Dalam sesi rundingan tersebut, pihak UPM bersetuju untuk libatsama serta memberi sumbangan in-kind iaitu 5 pokok musang king serta 50kg kompos dalam program tersebut. Sesi rundingan tersebut dihadiri oleh CiRNeT, UCTC serta Pusat Pertanian Putra UPM. Selain itu, pihak UPM akan mengadakan lawatan tapak pada 22 November 2021 bagi melihat dan memberi khidmat nasihat berkenaan penyediaan dan penanaman pokok durian tersebut.

Date of Input: 18/02/2022 | Updated: 18/02/2022 | zaidi_tajuddin

MEDIA SHARING

Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbWAn~