PRIME ORGANIC FARM, PERTH, AUSTRALIA TERIMA 3 ORANG PELAJAR UPM | Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
» NEWS » PRIME ORGANIC FARM, PERTH, AUSTRALIA TERIMA 3 ORANG PELAJAR UPM

PRIME ORGANIC FARM, PERTH, AUSTRALIA TERIMA 3 ORANG PELAJAR UPM


PERTH, AUSTRALIA - 3 orang pelajar daripada Fakulti Pertanian UPM telah menjalani Latihan Industri di Ladang Prime Organic Farm, di Daerah Donnybrook, 200 km daripada Perth Australia. Tempoh latihan Industri ini adalah selama 3 bulan bermula daripada 13 Mei 2016. 

Pelajar-pelajar tersebut adalah Fatin Nabila Huda Ismail, Nurul Sakinah Sa'aya dan Nur Syafiqah Johari daripada program Bacelor Pertanian. 

Ladang ini telah ditubuhkan pada 1939 yang berkeluasan 300 hektar. Ladang ini mengusahakan pelbagai tanaman serta ternakan komersil menggunakan konsep organik sepenuhnya. Diantara tanaman dan ternakan yang diusahakan adalah tanaman epal, pear, peach, pengeluaran telur ayam dan lembu tenusu.

Semua perbelanjaan semasa mereka menjalani Latihan Industri adalah menggunakan tajaan sepenuhnya daripada Akaun Amanah Latihan Industri, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat) yang diuruskan oleh Pusat Hubungan & Jaringan Industri (CiRNeT). 

Mereka telah menerima tajaan untuk Tiket Kapal Terbang serta Elaun Sara Hidup.

Berikut adalah ringkasan Laporan Latihan Industri pelajar tersebut.
















Date of Input: | Updated: | syam

MEDIA SHARING

Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEaQAM~