Lawatan Dan Perbincangan Dengan DreamEDGE Di Cyberjaya | Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
» NEWS » Lawatan dan perbincangan dengan DreamEDGE di Cyberjaya

Lawatan dan perbincangan dengan DreamEDGE di Cyberjaya

24 April, Cyberjaya - Sesi lawatan ke Pusat Penyelidikan & Pembangunan Kejuruteraan Digital DreamEDGE di Cyberjaya yang disertai oleh TNCJINM, CiRNeT, FRSB, Fakulti Kejuruteraan serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah diadakan pada 24 April 2021 bagi melihat kemudahan serta produk-produk inovasi hasil daripada kolaborasi DreamEDGE merentasi industri automotif, rel, aeroangkasa, kejuruteraan berat, elektronik, minyak & gas, marin, pemesinan termasuklah perladangan.

Dalam pada itu, perbincangan telah diadakan bagi membentangkan IDEA FACTORY menerusi Program Merealisasi Rekaan / Design Realization Program (DesReP 1.0) menerusi kolaborasi UPM x DreamEDGE. Seterusnya rangka lawatan dari DreamEDGE ke UPM dijangka diadakan pada sukuan 3 tahun 2021.

Date of Input: 18/02/2022 | Updated: 18/02/2022 | zaidi_tajuddin

MEDIA SHARING

Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEcWAO~