CiRNeT BERTEMU PENGURUSAN TERTINGGI GENTING PLANTATION | Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
» NEWS » CiRNeT BERTEMU PENGURUSAN TERTINGGI GENTING PLANTATION

CiRNeT BERTEMU PENGURUSAN TERTINGGI GENTING PLANTATION


Kuala Lumpur, 21 Jun 2016 - Pusat Hubungan & Jaringan Industri (CiRNeT) telah mengadakan pertemuan bersama pengurusan tertinggi Genting Plantation. Pertemuan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Genting Plantation, Wisma Genting, Kuala Lumpur.

UPM telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dr.-Ing. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat); Prof. Madya Dr. Azlizam Aziz, Pengarah CiRNeT serta Encik Hisyamuddin Hashim, Ketua Penolong Pendaftar CiRNeT.

Sementara itu, di pihak Genting Plantation telah dihadiri oleh Encik Yong Chee Kong, Presiden dan COO Genting Plantation, Encik Lam Kam Choong, Naib Presiden (Sumber Manusia & Pentadbiran); Encik Lim Wei Seong, Naib Presiden (Projek Khas) serta beberapa orang lagi pegawai-pegawai daripada Genting Plantation.


Perbincangan tersebut adalah berkisar kepada Tabung Endowment Yayasan Tan Sri Lim Goh Tong, pewujudan biasiswa untuk pelajar pasca Siswazah, aktiviti-aktiviti pelajar yang berkaitan dengan penubuhan tabung tersebut, serta kerjasama penyelidikan dalam bidang perladangan.

Pertemuan tersebut telah diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa di Restoran Serai, Pavillion Mall, Kuala Lumpur.
 


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXDdKA2~