UPM Dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd Berkolaborasi Tanam Pokok Hutan Di SISFEC | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » UPM dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd Berkolaborasi Tanam Pokok Hutan di SISFEC

UPM dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd Berkolaborasi Tanam Pokok Hutan di SISFEC

29 Julai 2023, Puchong - Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd untuk menjalankan program tanam pokok hutan di Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC). Program ini melibatkan kerjasama antara IPSAS UPM, SISFEC, dan Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) UPM.

Ucapan Aluan oleh Prof. Haslinda Abdullah, Pengarah IPSAS, UPM, dalam ucapan aluan beliau menekankan kepentingan kolaborasi antara institusi akademik dan syarikat korporat dalam usaha kelestarian alam sekitar. Pn. Suhaileen Bt Shahar, Custodian Petroleum Geoscience, Technical Assurance PETRONAS Carigali Sdn Bhd, turut merasmikan acara ini sebagai wakil dari syarikat PETRONAS.

Program tanam pokok hutan ini melibatkan penyertaan 65 orang staf PETRONAS Carigali Sdn Bhd bersama pakar-pakar UPM, dan berjaya menanam sebanyak 120 batang pokok hutan pelbagai spesis di SISFEC. Ini sejajar dengan komitmen kedua-dua pihak dalam menyumbang kepada kepelbagaian biologi dan usaha memitigasi kesan perubahan iklim.

Kerjasama ini menunjukkan betapa kuatnya gabungan usaha antara institusi akademik dan industri dalam mengatasi cabaran alam sekitar. Ia membuktikan bahawa UPM dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd mampu memanfaatkan sumber dan kekuatan masing-masing untuk mencapai impak positif yang besar terhadap alam sekitar dan komuniti setempat.

Dengan program ini, diharapkan akan dapat memulihkan ekosistem semulajadi dan memberikan sumbangan besar kepada usaha pemuliharaan alam sekitar serta mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari.

Tarikh Input: 07/08/2023 | Kemaskini: 07/08/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbVAg~