CiRNeT-FarBeat Intai Potensi Kerjasama Dua Hala | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » CiRNeT-FarBeat Intai Potensi Kerjasama Dua Hala

CiRNeT-FarBeat Intai Potensi Kerjasama Dua Hala

12 Mac 2024, SERDANG - Sebuah mesyuarat telah diadakan antara Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) dan FarBeat Technologies, sebuah syarikat rintis yang diwakili oleh CEO-nya, Ts. Nurfarhana Nasrudin. Agenda utama mesyuarat adalah untuk melakukan analisis post-mortem sesi latihan yang dijalankan bersama-sama oleh CiRNeT-FarBeat Technologies dengan tajuk, “Fundamentals of ANN & SVM on IRIS - Hands On”.

Tambahan lagi, Encik Zaidi Tajuddin, Ketua Sekysen Hubungan dan Jaringan Industri, CiRNeT memberikan gambaran keseluruhan tentang CiRNeT dan membincangkan kerjasama yang berpotensi antara FarBeat Technologies dan Universiti Putra Malaysia. Kerjasama yang berpotensi ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti seminar, penyelidikan kontrak dan potensi bagi FarBeat Technologies untuk dianugerahkan Ijazah Kehormat dari UPM melalui kerjasama berterusan, khususnya Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 04/04/2024 | Kemaskini: 04/04/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEeCA3~