UPM Dan Hino Malaysia Melangkah Bersama Untuk Pembangunan Komuniti Dan Peningkatan Sumber Manusia | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » UPM dan Hino Malaysia Melangkah Bersama untuk Pembangunan Komuniti dan Peningkatan Sumber Manusia

UPM dan Hino Malaysia Melangkah Bersama untuk Pembangunan Komuniti dan Peningkatan Sumber Manusia

3 November 2023, Petaling Jaya- Dalam satu perbincangan strategik antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hino Malaysia Sdn. Bhd. pada 2 November 2023 telah mengukuhkan komitmen melalui kerjasama strategik jangka panjang. Sesi perbincangan ini mencakupi aspek penting, termasuk penyelidikan, pembangunan teknologi, dan inovasi, serta menegaskan kepentingan kedua-dua pihak dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti tempatan, memajukan budaya tempatan, dan memperkukuhkan pembangunan sumber manusia.

Sesi perbincangan yang melibatkan pengarah CIRNeT UPM, Pengarah UCTC UPM, dan pegawai kanan CIRNeT dan UCTC UPM, memberikan fokus kepada pelaksanaan program pendidikan dan kesejahteraan hidup komuniti menerusi bas pengembangan PUTRA sebagai inisiatif yang unik. Potensi kerjasama ini bukan hanya menggabungkan kekuatan dalam bidang akademik dan perindustrian, tetapi juga menjanjikan perkembangan positif dalam aspek budaya, sosial, dan ekonomi. Dengan berlandaskan nilai kelestarian dan tanggungjawab sosial, UPM dan Hino Malaysia bersetuju bahawa kerjasama ini bukan sahaja tentang mencapai kejayaan perniagaan, tetapi juga membawa impak positif kepada masyarakat dan membentuk model kerjasama setara yang inspiratif antara institusi pendidikan dan sektor perindustrian.

Tarikh Input: 14/11/2023 | Kemaskini: 14/11/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbNAL~