Universiti Putra Malaysia Mengukuhkan Hubungan Industri Dan Komuniti Melalui 'Majlis Apresiasi Industri Dan Komuniti 2023 | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Universiti Putra Malaysia Mengukuhkan Hubungan Industri dan Komuniti Melalui 'Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti 2023

Universiti Putra Malaysia Mengukuhkan Hubungan Industri dan Komuniti Melalui 'Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti 2023

Dalam usaha untuk mengeratkan hubungan antara universiti dan industry-komuniti, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) dan Pusat Transformasi dan Komuniti (UCTC) di Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menganjurkan "Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti" pada 22 Ogos 2023. Majlis ini yang berlangsung dari 2:00 petang hingga 5:00 petang di The Everly Hotel, Putrajaya telah menghimpunkan individu penting dari kalangan akademik, industri, dan komuniti, mencerminkan peranan penting CiRNeT dan UCTC dalam menjadi penghubungan kepada industri dan komuniti.

 Mungkin imej 8 orang dan teks

Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Industri dan Komuniti) di mana mencerminkan komitmen UPM dalam membina hubungan di luar sfera akademik. Majlis ini turut dihadiri oleh rakan strategik CiRNeT seperti Kementerian Ekonomi, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Tanah Makmur Berhad (TMB), dan wakil-wakil industri lain. Kehadiran pelbagai industri ini menunjukkan keberkesanan CiRNeT dalam membina hubungan bermakna antara dunia akademik dan industri bagi memastikan hubungan ini mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

 

CiRNeT, sebagai peneraju bagi anugerah industri, telah menonjolkan fungsi asasnya semasa majlis ini. Antara anugerah yang diberikan ialah projek jaringan industri terbaik pelajar, projek jaringan industri terbaik – pegawai akademik dan rakan industri terbaik. Dengan adanya anugerah seperti ini, ia mempromosikan kerjasama antara UPM dan pelbagai industri yang mampu menyuntik semangat serta membuka peluang lebih banyak peluang kolaborasi antara warga UPM dan pihak industri.

Tarikh Input: 31/08/2023 | Kemaskini: 31/08/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbUAO~