Teknik Berkesan Untuk Membentangkan Idea Kepada Industri Diperkongsikan Dalam Seminar UPM: Tips & Tricks - How To Pitch To Industry | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Teknik Berkesan untuk Membentangkan Idea kepada Industri Diperkongsikan dalam Seminar UPM: Tips & Tricks - How to Pitch to Industry

Teknik Berkesan untuk Membentangkan Idea kepada Industri Diperkongsikan dalam Seminar UPM: Tips & Tricks - How to Pitch to Industry

27 Julai 2023, Serdang- Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) bersama-sama dengan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah berkolaborasi untuk menganjurkan program Seminar Tips & Tricks: How to Pitch to Industry yang telah diadakan di Bilik Sakura, Pusat Transformasi Komuniti Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini telah dihadiri oleh dua orang penceramah dari Petronas Research Sdn Bhd dan MRANTI. Tujuan diadakan seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai akademik dan penyelidik mengenai teknik-teknik yang berkesan dalam membentangkan idea atau projek kepada industri.

Sebanyak 12 orang pegawai akademik dari pelbagai fakulti antaranya Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Sains, dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan turut hadir dalam program ini.

Tarikh Input: 06/08/2023 | Kemaskini: 06/08/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbQAE~