Sesi Libat Urus Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE) Bersama Industri Secara Maya Siri 1/2021 | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Sesi Libat Urus Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE) bersama Industri Secara Maya Siri 1/2021

Sesi Libat Urus Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE) bersama Industri Secara Maya Siri 1/2021

26 Julai, Putrajaya - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan sesi libat urus RISE bersama industri secara maya siri 1/2021 pada 26 Julai 2021. Antara matlamat inisiatif ini adalah untuk membantu industri dalam mengadaptasi teknologi terkini dengan memanfaatkan khidmat kepakaran penyelidik awam bagi menyelesaikan masalah di industri. Jalinan kerjasama antara penyelidik dan industri tersebut boleh dilaksanakan melalui kaedah penyelidikan, pemindahan teknologi, konsultasi dan latihan. National Institute of Biotechnology Malaysia (NIBM), Universiti Sains Malaysia (USM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan MIMOS Berhad turut sama dalam sesi tersebut.

Tarikh Input: 18/02/2022 | Kemaskini: 18/02/2022 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbTAg~