Sesi Awal Perbincangan CiRNeT, Pusat Pertanian Putra, Dan AgBiotech Meninjau Potensi Kerjasama Dalam Program IPR-INTAN UPM | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Sesi Awal Perbincangan CiRNeT, Pusat Pertanian Putra, dan AgBiotech Meninjau Potensi Kerjasama dalam Program IPR-INTAN UPM

Sesi Awal Perbincangan CiRNeT, Pusat Pertanian Putra, dan AgBiotech Meninjau Potensi Kerjasama dalam Program IPR-INTAN UPM

16 Januari 2024, Serdang - Sesi perbincangan awal antara Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT, Pusat Pertanian Putra bersama AgBiotech, Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd, Menara Atlan bertujuan untuk meninjau potensi kerjasama dalam mendukung Program IPR-INTAN UPM, terutamanya dalam aspek bioteknologi.

Perbincangan tersebut juga memberi tumpuan kepada peranannya dalam mencapai kejayaan program tersebut serta meninjau potensi pendapatan dan peluang pekerjaan melalui aktiviti kolaborasi antara UPM dan pemain industri. Usaha ini diharapkan dapat memberikan manfaat seiring dengan keperluan industri, sejajar dengan Dasar Bioteknologi Negara dan Dasar Agromakanan Negara, serta menyumbang kepada pemeliharaan ekosistem yang berkekalan terutama dalam projek IPR INTAN UPM.

Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 22/01/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbQAA~