Seminar Kesihatan Mental Terkesan Akibat Stres? Istirehat Minda Dan Legakan Stres Dengan Hipnosis | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Seminar Kesihatan Mental Terkesan Akibat Stres? Istirehat Minda dan Legakan Stres Dengan Hipnosis

Seminar Kesihatan Mental Terkesan Akibat Stres? Istirehat Minda dan Legakan Stres Dengan Hipnosis

21 Julai 2023, Serdang – Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah menganjurkan program Seminar Kesihatan Mental Terkesan Akibat Stres? Istirehat Minda dan Legakan Stres Dengan Hipnosis yang diadakan di Bilik Sakura, Pusat Transformasi Komuniti Universiti, UPM. 
 
Program ini telah menjemput seorang penceramah yang merupakan Behavioural Hypnotherapist & Relaxation Facilitator dan juga Affiliate Member of the British Society of Clinical Hypnosis. Seminar ini telah disertai seramai 25 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari tiga pusat tanggungjawab iaitu Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Pusat Hubungan dan Jaringan Industri dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti. 
 

Hipnosis (hipnoterapi) adalah suatu cara/langkah yang dilakukan untuk meningkatkan fokus dan konsentrasi, sehingga fikiran dan minda lebih mudah menerima sesuatu cadangan yang positif. Cadangan yang positif inilah yang akan membantu mengubah hal-hal negatif.

 
Objektif bagi seminar ini diadakan adalah agar para peserta dapat menambah ilmu dan cara dalam mengawal stres dan dan mempelajari teknik hipnosis yang dapat membantu dalam kesihatan mental.

Tarikh Input: 06/08/2023 | Kemaskini: 06/08/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbRAr~