Pusat Hubungan Dan Jaringan Industri Terlibat Dalam Pertukaran MOU Antara UPM Dan Quocent Sdn. Bhd. | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Pusat Hubungan dan Jaringan Industri Terlibat dalam Pertukaran MOU Antara UPM dan Quocent Sdn. Bhd.

Pusat Hubungan dan Jaringan Industri Terlibat dalam Pertukaran MOU Antara UPM dan Quocent Sdn. Bhd.

15 Disember 2023, Serdang- Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT turut serta dalam majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara UPM yang diterajui oleh FSKTM, UPM - CSIT dengan Quocent Sdn. Bhd pada 15 Disember 2023. Acara ini diadakan di Innovation Space, FSKTM.
Kerjasama yang dimeterai oleh kedua-dua pihak ini memfokuskan kepada bidang tranformasi digital dan kolaborasi bakat. MOU tersebut menandakan langkah strategik UPM dan Quocent Sdn. Bhd dalam menggalakkan perkembangan teknologi maklumat, sambil menitikberatkan peningkatan bakat dalam sektor ini.
 
 
Kehadiran CiRNeT sebagai rakan strategik dalam acara ini memberikan penekanan kepada peranannya dalam menyokong hubungan antara universiti dan industri. Langkah ini dijangka akan membuka peluang kepada pelajar dan tenaga akademik untuk terlibat dalam projek dan inisiatif yang berkaitan dengan transformasi digital, manakala juga memberikan platform kepada industri untuk memanfaatkan bakat-bakat yang berkualiti daripada komuniti universiti.

Tarikh Input: 29/12/2023 | Kemaskini: 29/12/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbOAF~