Potensi Kolaborasi Dalam Projek Berkenaan Ekosistem Akua Marin UPM-RHB Bank | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Potensi kolaborasi dalam projek berkenaan ekosistem akua marin UPM-RHB Bank

Potensi kolaborasi dalam projek berkenaan ekosistem akua marin UPM-RHB Bank

 

- CiRNeT UPM mengaturkan sesi lawatan RHB Bank ke Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi kerjasama dalam projek ekosistem akuamarin yang berpotensi. Lawatan tersebut melibatkan perbincangan antara pihak RHB Bank dengan pakar-pakar dari I-AQUAS mengenai peluang dan potensi yang ada dalam industri akuakultur dan akuamarin. Selain itu, pihak RHB Bank juga telah membuat tinjauan ke atas pusat akuakultur yang diuruskan oleh I-AQUAS. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkenalkan lebih banyak produk akuamarin di pasaran dan pada masa yang sama mempertingkatkan taraf hidup masyarakat setempat yang terlibat dalam sektor ekosistem akuamarin menerusi potensi projek kolaborasi pihak-pihak.

Tarikh Input: 24/03/2023 | Kemaskini: 24/03/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbTAV~