Meneroka Peluang Kolaborasi Pemasaran Bagi Produk Pertanian UPM Dan Projek IPR INTAN UPM | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Meneroka Peluang Kolaborasi Pemasaran bagi Produk Pertanian UPM dan Projek IPR INTAN UPM

Meneroka Peluang Kolaborasi Pemasaran bagi Produk Pertanian UPM dan Projek IPR INTAN UPM

9 Februari 2024, Banting - Sesi perbincangan potensi kolaborasi pemasaran antara Universiti Putra Malaysia (UPM), Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT dan Techno Agro Fresh Telok Gong Techno Fresh Agro-Produce Sdn Bhd untuk pemasaran produk pertanian UPM dan Projek IPR INTAN UPM dilaksanakan pada 9 Februari lalu di Pusat Pengumpulan Pertanian Techno Fresh Agro-Produce Sdn Bhd di Banting.

Dalam pertemuan tersebut, kedua belah pihak berkongsi maklumat mengenai kerjasama bersama UPM dan peluang pemasaran produk tanaman dari projek IPR INTAN UPM. Kerjasama ini diharapkan dapat memperkuatkan hubungan antara pihak-pihak berkenaan, serta potensi meningkatkan peluang pemasaran produk dari projek IPR INTAN UPM, memberikan manfaat tambahan kepada peserta dalam bentuk peningkatan pendapatan.

Tarikh Input: 06/03/2024 | Kemaskini: 06/03/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbTAc~