Meneroka Peluang Kerjasama: UPM Dan McDonald's Malaysia Berbincang Mengenai Potensi Kerjasam | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Meneroka Peluang Kerjasama: UPM dan McDonald's Malaysia Berbincang Mengenai Potensi Kerjasam

Meneroka Peluang Kerjasama: UPM dan McDonald's Malaysia Berbincang Mengenai Potensi Kerjasam

27 Februari 2024, Serdang - Universiti Putra Malaysia (UPM) dan McDonald's Malaysia telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT bagi sesi perbincangan berkenaan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak. Dalam pertemuan yang berlangsung, terdapat perbincangan mengenai pelbagai bidang kerjasama yang berpotensi dilaksanakan antara UPM dan McDonald's-Malaysia, termasuk dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan komuniti.
 
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah hasrat pihak McDonald's Malaysia untuk memberikan sesi pencerahan atau perkongsian ilmu kepada warga UPM yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada komuniti universiti dengan memberikan pandangan dari perspektif industri dan perkembangan terkini.
Dengan berkongsi maklumat dan memahami potensi kerjasama yang ada, kedua-dua pihak berharap bahawa sesi perbincangan ini akan membantu memperkuatkan hubungan antara UPM dan McDonald's Malaysia, serta membuka peluang untuk kerjasama yang lebih berkesan di masa depan.

Tarikh Input: 06/03/2024 | Kemaskini: 06/03/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbOAK~