Meneroka Peluang Kerjasama Strategik UPM-RHB Islamic Bank Berhad | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Meneroka Peluang Kerjasama Strategik UPM-RHB Islamic Bank Berhad

Meneroka Peluang Kerjasama Strategik UPM-RHB Islamic Bank Berhad

25 Februari 2024, Cyberjaya - Berlangsung perbincangan potensi kolaborasi antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan RHB Islamic Bank Berhad. Dalam pertemuan tersebut, kedua belah pihak berkongsi maklumat mengenai potensi kerjasama, termasuk inisiatif iTekad antara Group Shariah dan Wazan untuk pelajar Asnaf/B40 berniaga, perkhidmatan RHB total solution untuk UPM, pelajar, kakitangan, pembayaran tanpa tunai, fasiliti untuk vendor/kontraktor, program kesedaran kewangan, dan pendekatan RHB terhadap usahawan dalam penternakan ikan air tawar dan tanaman. Cadangan telah dibuat agar RHB memulakan langkah awal dengan penerangan pengurusan kewangan dan penyelesaian eSME untuk peserta untuk memahami keperluan pembukaan akaun, sumber manusia, dan sistem pembayaran tanpa tunai;

membantu RHB dalam mendekati kakitangan dan peniaga serta vendor untuk memberi makluman mengenai fasiliti yang diberikan khas kepada komuniti UPM; membuka akaun Multi Currency Debit Card-i (MCA DC-i) untuk kemudahan pertukaran wang asing semasa melancong; serta perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani antara UPM dan RHB merangkumi segala usahasama. Kerjasama ini diharapkan dapat memperkuatkan hubungan antara kedua-dua pihak sambil memberikan manfaat yang berterusan.

Tarikh Input: 06/03/2024 | Kemaskini: 06/03/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbRAS~