LAWATAN SHOWCASE KE SULTAN IDRIS SHAH FORESTRY EDUCATION CENTRE (SISFEC)’ BUKTI CIRNET KOMITED DALAM MEMPROMOSIKAN AGENDA KELESTARIAN | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » LAWATAN SHOWCASE KE SULTAN IDRIS SHAH FORESTRY EDUCATION CENTRE (SISFEC)’ BUKTI CIRNET KOMITED DALAM MEMPROMOSIKAN AGENDA KELESTARIAN

LAWATAN SHOWCASE KE SULTAN IDRIS SHAH FORESTRY EDUCATION CENTRE (SISFEC)’ BUKTI CIRNET KOMITED DALAM MEMPROMOSIKAN AGENDA KELESTARIAN

 

PUCHONG, 26 Jan – Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) telah menganjurkan Lawatan Showcase ke Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC) yang melibatkan sebanyak 6 Industri untuk berkongsi pengalaman dan idea mengenai inisiatif kelestarian yang telah dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia bersama rakan industri. Lawatan ini telah dilaksanakan pada 26 Januari 2023 bermula jam 9 pagi sehingga 12.30 tengahari.  Program ini dimulakan dengan ucapan aluan dari YBhg. Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj. Md. Tamrin, Pengarah Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) yang menekankan peranan CiRNeT sebagai penghubung UPM dengan Industri.

“Program seperti ini mempunyai impak yang sedikit sebanyak menarik minat industri untuk mengadakan kerjasama dengan UPM bagi pelaksanaan mahupun penyelidikan berkaitan ESG yang menjadi keutamaan bagi setiap industri. Oleh itu, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) akan terus komited dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti kelestarian yang telah dilaksanakan oleh UPM dalam pelbagai aspek,” katanya.

Program ini diteruskan dengan taklimat ringkas berkaitan Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC) oleh Encik Mohd Farhan Shahrin, Ketua Seksyen Sumber Alam yang juga merupakan Pemelihara Hutan sebelum aktiviti utama iaitu lawatan di sekitar kawasan SISFEC dilaksanakan. Setelah sesi lawatan tamat, program diteruskan dengan sesi Penerangan Inisiatif Kelestarian di UPM yang telah disampaikan oleh Dr. Mohammad Nazrin Abdul Malik dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS).

Kerjasama UPM dengan Industri dalam pelaksanaan aktiviti kelestarian ini adalah merupakan usaha bagi memastikan matlamat ke-17 dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), Partnership for the Goals dapat dicapai bersama pada tahun 2030.

Tarikh Input: 09/02/2023 | Kemaskini: 09/02/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbQAH~