30 Mei, Serdang- Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, telah menerima sumbangan sebanyak RM100,000 bagi pihak UPM dari seorang penaja untuk mengembangkan penggunaan padang golf UniPutra dalam Seminar Living Lab Ke-2 yang baru-baru ini diadakan di Kelab Golf UniPutra.

Seminar yang dianjurkan oleh Pusat Hubungan & Jaringan Industri (CiRNET) UPM ini bertujuan untuk menjadikan padang golf sebagai lapangan amali bagi para pelajar dan ahli akademik dalam pelbagai bidang seperti pertanian, kejuruteraan, lanskap, pengurusan rumput, dan perhutanan
Tarikh Input: 17/07/2024 | Kemaskini: 17/07/2024 | zaidi_tajuddin

Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA