PROGRAM INDUSTRI UPM BERJAYA TRANSFORMASI KEMAHIRAN UNTUK KESEDIAAN MASA HADAPAN | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » PROGRAM INDUSTRI UPM BERJAYA TRANSFORMASI KEMAHIRAN UNTUK KESEDIAAN MASA HADAPAN

PROGRAM INDUSTRI UPM BERJAYA TRANSFORMASI KEMAHIRAN UNTUK KESEDIAAN MASA HADAPAN

Serdang, 5 Disember 2024 – Program yang dianjurkan oleh Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT, Universiti Putra Malaysia, dengan kerjasama School of Business and Economics, Universiti Putra Malaysia, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM, Faculty of Science UPM, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, dan InvestKL, berjaya dilaksanakan di School of Business and Economics, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini dirasmikan oleh Prof. Dr. Ir. BT Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Hubungan Industri dan Komuniti), dan dihadiri oleh lebih 100 peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf UPM.

Aktiviti utama termasuk pameran korporat, forum industri, sesi parallel untuk klinik kesiapsiagaan kerjaya, dan sesi santai bersama CEO terkemuka. Rakan industri yang dihormati seperti InvestKL, Huntsman Corporation, SRKAY Consulting Group, AkzoNobel, Asian Strategy & Leadership Institute, KONE, GCabxi (M) Sdn Bhd, dan Inspire Group turut serta secara aktif dalam acara ini.

Program ini bertujuan untuk mengetengahkan kepimpinan industri dalam inovasi dan daya saing global, mempromosikan pembangunan bakat dan kemahiran untuk kesediaan masa hadapan serta menunjukkan kesan positif ekonomi dan budaya yang dapat dicapai melalui kerjasama universiti-industri yang kukuh.

Kejayaan program ini menekankan peranan aktif UPM dalam menyediakan platform yang kukuh bagi pelajar dan staf untuk berinteraksi dengan pemimpin industri, serta melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan penting untuk menghadapi cabaran masa depan dengan berkesan.

Tarikh Input: 16/12/2024 | Kemaskini: 16/12/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
X, (12:38:24am-12:43:24am, 22 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]