UPM-INDUSTRY-NETWORKING 2013- HARGAI KERJASAMA INDUSTRI & KOMUNITI DENGAN UPM | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » UPM-INDUSTRY-NETWORKING 2013- HARGAI KERJASAMA INDUSTRI & KOMUNITI DENGAN UPM

UPM-INDUSTRY-NETWORKING 2013- HARGAI KERJASAMA INDUSTRI & KOMUNITI DENGAN UPM

12 FEBRUARI 2014 – SERDANG Majlis UPM-Industry-Networking2013 yang menekankan konsep Nurturing Partnerships in Urban Agriculture yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah diadakan pada 12 Februari 2013 bertempat di Dewan Banquet, Universiti Putra Malaysia. Majlis yang berkonsep santai ini telah menjadi medan perhimpuan dan pertemuan warga akademik, pegawai-pegawai dari pelbagai Pusat Tanggungjawab dengan rakan industri dan buat julung kalinya majlis ini telah melebarkan jemputan di peringkat rakan komuniti yang aktif menjalin kerjasama komuniti dengan pihak UPM.

Di antara tujuan majlis adalah memberi ruang untuk wakil UPM bertukar-tukar fikiran serta memaklumkan kepada industri tentang kepakaran profesional serta perkhidmatan yang ada di UPM. Dalam masa yang sama pihak UPM dapat memahami kehendak dan ekpektasi industri terhadap graduan UPM. Majlis UPM-Industry-Community Networking 2013 ini bertujuan menjadi satu platfom untuk membincangkan pelbagai perkara yang menjurus kepada kerjasama yang dapat dijalinkan oleh industri, rakan komuniti dan UPM.Majlis ini menunjukkan keseriusan pihak UPM bagi memperluaskan jaringan dengan industri dan komuniti yang mencakupi pelbagai aspek kolaborasi demi kepentingan universiti.

Menurut Pengarah Projek Prof Madya Dr. Azizan Asmuni, “ Majlis seperti ini memberi ruang untuk wakil UPM kenal dengan lebih erat dengan rakan industri dan komuniti. Di harap melalui pertemuan ini lebih banyak kerjasama yang berimpak akan dapat dijalin, menerusi kerjasama yang erat akan menghasilkan projek yang berkualiti tinggi dapat dihasilkan demi kepenting Universiti dan memberi kesan yang positif kepada sejagat amnya. ”

Majlis yang berkonsepkan pertanian bandaran merupakan usaha UPM dalam membangunkan projek Pertanian Bandaran yang mana mampu membantu membuka ruang dan peluang kepada masyakarat dari segi penjanaan ekonomi keluarga dan membantu mengurangkan krisis bekalan makanan. Menerusi konsep pertanian bandaran, ia dapat mendidik masyarakat untuk berbakti kepada tanah yang akan membuahkan hasil.

Majlis ini telah dihadiri oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan sebagai tetamu kehormat dan Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr. Mad Nasir Samsudin,  Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni ), Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Renuganth Varatharajoo selain turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Pusat dan Institut dari pelbagai entiti di UPM.

Majlis ini turut meraikan penerima anugerah dalam beberapa kategori iaitu Kategori Industri Berimpak Tinggi yang telah telah diraih oleh CES Co. Ltd., Huawei Technologies Sdn. Bhd. dan HP (M) Sdn. Bhd. manakala bagi Kategori Komuniti telah dimenangi oleh Komuniti Batu Talam dari Pahang, Komuniti Parlimen Pasir Gudang dari Johor dan Komuniti Mukim Sungai Galah dari Perak. Pihak Universiti turut menghargai sumbangan staf yang aktif memberi kerjasama dalam skop Jaringan Industri dan Masyarakat dalam kerjasama berimpak tinggi. Sehubungan dengan itu, bagi Kategori Staf telah dimenangi oleh Prof. Dr. Mohd Ali Hassan dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Dr. Salmi Baharom dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Prof. Madya Dr. Yahya Awang dari Fakulti Pertanian dan Prof. Madya Dr. Khairuddin Idris dari Fakulti Pengajian Pendidikan.

Penghargaan ini tidak terhad kepada staf dari kumpulan akademik tetapi staf dari skop pengurusan turut diberi perhatian. Antara pemenang bagi Kategori Individu ini turut dimenangi oleh Pn. Roszini Mohammad Nor , Pegawai Tadbir dari Akademi Sukan, Pn. Farihah Liyana Khalid yang merupakan Pegawai Sains di Institut Penyelidikan Produk Halal dan dua Pegawai Pertanian yang terpilih merupakan Encik Mohd Ghazali Mohd Satar dari Fakulti Pertanian dan En. Zaidi Tajuddin dari Pusat Transformasi Komuniti Universiti. Bagi kategori Pusat Tanggungjawab Cemerlang  telah dimenangi oleh Fakulti Pertanian dan Fakulti Pengajian Pendidikan.

Majlis diserikan lagi dengan celoteh spontan dari pengacara Zainal Alam Kadir dan  dan tayangan video cerita belakang tabir UPM-Industry-Community Networking 2013. Selain itu, pelajar-pelajar yang terlibat dalam projek Experience Works oleh Yayasan Sime Darby turut dijemput bagi sebagai satu penghargaan Universiti kepada pihak Industri yang telah memberi sumbangan tunai dalam aktiviti pembangunan modal insan pelajar.

Antara industri yang hadir pada malam tersebut ialah 1Malaysian Development Berhad, Huawei Technologies, MDeC, Pernec dan hampir 50 rakan industri dari seluruh Malaysia. Majlis ini diharap menjadi acara tahunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan menjadi satu platform pertemuan bagi menggalakkan lebih banyak lagi kerjasama strategik antara UPM-industri-Komuniti pada masa akan datang.

 

 

 

 

 



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXETXAV~