UPM Dan WNEC Menandatangani MoA Untuk Projek Industri Mikroalga | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT) cirnet
» BERITA » UPM dan WNEC Menandatangani MoA untuk Projek Industri Mikroalga

UPM dan WNEC Menandatangani MoA untuk Projek Industri Mikroalga

23 April, Kuala Lumpur- Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan World New Energy Centre Sdn. Bhd. (WNEC) untuk menjalin kerjasama dalam fokus projek industri mikroalga. Penyelaras projek, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Razif Harun dari Fakulti Kejuruteraan UPM, menyatakan bahawa projek ini melibatkan pengkulturan mikroalga, pembangunan produk berasaskan mikroalga, potensi kitaran karbon, dan aplikasi mikroalga dalam industri berkaitan.

Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Razif juga menekankan bahawa kerjasama ini akan membantu dalam pembinaan kepakaran serta memberi impak positif dalam pengkomersilan teknologi mikroalga. Projek ini melibatkan beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM seperti Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pertanian, Institut Biosains (IBS), Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), dan Fakulti Sains.

Di samping itu, UPM menerima sistem integrasi pengkulturan mikroalga bersama solar panel dari WNEC di SATREPS-COSMOS Demonstration Site di Ladang 15, Fakulti Pertanian UPM.

CT Tong, ESG Program & Circular Economy Concept Planner, menyatakan bahawa kolaborasi ini bertujuan untuk mencipta kitaran yang mampan serta menjana kredit karbon yang bermanfaat bagi negara. Beliau juga menyebut bahawa melalui platform kitaran karbon Atoz, WNEC menjadi peneraju dalam merevolusikan kelestarian negara dengan mengubah sisa dan karbon dioksida kepada tenaga baharu yang bersih dan sumber makanan yang mampan.

Pertukaran dokumen MoA tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad, Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) mewakili UPM, dan Yumi Lee, Pengasas Bersama dan Pengarah Kelestarian Atoz Carbon Cycle Platform mewakili WNEC.

Tarikh Input: 17/07/2024 | Kemaskini: 17/07/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
X, (05:31:57am-05:36:57am, 10 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]