UPM Dan SHELL Tanam 200 Pokok Di Pusat Pendidikan Hutan SISFEC | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » UPM dan SHELL Tanam 200 Pokok di Pusat Pendidikan Hutan SISFEC

UPM dan SHELL Tanam 200 Pokok di Pusat Pendidikan Hutan SISFEC

22 April, Serdang - Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan kerjasama SHELL, telah menanam sebanyak 200 pokok hutan pelbagai spesies di Pusat Pendidikan Hutan Sultan Idris Shah (SISFEC). Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pemuliharaan hutan dan kesejahteraan alam sekitar.

Ini merupakan kali ke-4 pihak SHELL menjalankan aktiviti penanaman pokok di sini, melibatkan penyertaan 100 orang staf SHELL bersama pakar-pakar UPM. Usaha berterusan seperti ini menunjukkan komitmen UPM dalam mendidik dan melibatkan semua pihak berkepentingan dalam pemuliharaan hutan di tengah cabaran pemanasan global.

Antara spesies pokok yang ditanam termasuk Merbau, Petai Kerayong, Nyatoh Taban Merah, Meranti Temak Nipis, Binjai, Asam Kandis, Kelumpang Bunga, Kelat Nenasi, Jambu Bol, Jelawai, Sekiat, Kapur, Balau Laut Merah, dan Kembang Mangkuk Sebulat. Dengan menanam pelbagai jenis pokok ini, diharapkan akan dapat memulihkan ekosistem semulajadi dan memberi sumbangan besar kepada usaha pemuliharaan alam sekitar serta mencipta masa depan yang lebih hijau dan lestari.

Tarikh Input: 17/07/2024 | Kemaskini: 17/07/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
X, (09:17:07pm-09:22:07pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]