1 Ogos 2024, Serdang- Majlis tandatangan dan penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara
Universiti Putra Malaysia dan
Koperasi Kakitangan PETRONAS - KOPETRO telah dilaksanakan pada 1 Ogos 2024. Kerjasama menerusi MoU ini dijangka akan memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak, termasuk dalam beberapa bidang utama.
Antara bentuk kerjasama yang dipersetujui adalah pelaksanaan aktiviti berasaskan ilmu pengetahuan, penerimaan pelajar siswazah dan pasca siswazah untuk latihan industri dan penyelidikan, serta membuka peluang pekerjaan bagi graduan UPM.
MoU tersebut ditandatangani oleh Wan Ahmad Tarmizi Wan Abdul Rahman, Naib Pengerusi KOPETRO, dan Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UPM. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah dan Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj Md Tamrin, Pengarah
Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT, dari pihak UPM.
Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT selaku peneraju MoU ini percaya kerjasama strategik ini akan memperkukuh hubungan antara UPM dan KOPETRO, sambil menyediakan platform yang berdaya saing untuk pelajar dan graduan UPM dalam mengejar kecemerlangan akademik dan profesional.
Tarikh Input: 16/12/2024 |
Kemaskini: 16/12/2024 | zaidi_tajuddin
PERKONGSIAN MEDIA