Siri Pengenalan Virtual Tanaman Bandaran : Hidroponik | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Siri pengenalan virtual tanaman bandaran : hidroponik

Siri pengenalan virtual tanaman bandaran : hidroponik

CiRNeT UPM , UCTC UPM dengan kerjasama KRT Amanputra Fasa 3 menganjurkan Siri 1 Kelas Virtual Pertanian Bandaran dengan memfokuskan kepada tanaman hidroponik. Pn Mahani Amat @Halimi telah diundang menjadi penceramah untuk membuat perkongsian ilmu berkenaan topik ini. Tumpuan program ini adalah bagi membantu untuk mengubah persepsi dan menarik minat dalam aktiviti pertanian bandar disamping sebagai langkah permulaan untuk meningkatkan ekonomi setempat masyarakat amnya & AmanPutra khasnya. Program ini telah menarik sebanyak 85 penyertaan tumpuan dari luar UPM khusus untuk mendalami hidroponik. Malah program ini juga mendapat penyertaan sebanyak 185 orang staf UPM bagi memperkasakan ilmu mengenai hidroponik.

Tarikh Input: 13/04/2021 | Kemaskini: 13/04/2021 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXDdNAQ~