Sesi Perbincangan CIRNeT Dan Berjaya Sompo: Membuka Peluang Kerjasama Dan Pembangunan Bersama | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Sesi Perbincangan CIRNeT dan Berjaya Sompo: Membuka Peluang Kerjasama dan Pembangunan Bersama

Sesi Perbincangan CIRNeT dan Berjaya Sompo: Membuka Peluang Kerjasama dan Pembangunan Bersama

21 Disember 2023, Serdang- Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT telah menjalankan sesi perbincangan bersama Berjaya Sompo Insurance Berhad pada 20 Disember 2023 di Bilik Mesyuarat JINM UPM. Sesi ini bertujuan meninjau potensi kerjasama di antara kedua-dua pihak, dengan fokus utama pada peluang latihan industri, tajaan, dan kerjasama dalam bidang tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berkaitan dengan ESG (Environmental, Social, and Governance) dan SDG (Sustainable Development Goals).
Dalam perbincangan tersebut, turut dibincangkan peluang latihan industri di Berjaya Sompo Insurance Berhad yang terbuka kepada pelajar dari pelbagai bidang. Promosi tajaan berbentuk one-off tanpa ikatan setiap setahun turut menjadi fokus, sementara peluang Trainee Management dengan pendapatan bulanan sebanyak 3,500 Ringgit Malaysia ditawarkan kepada pelajar yang baru bergraduat.


Sesi perbincangan yang berprestij ini turut dihadiri oleh En. Tsuyoshi Seto, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo Insurance Berhad, En. Mohd Fauzi Kassim M.AHRI, IGNLPTM/ABNLP - Pengurus Sumber Manusia (Pembangunan Organisasi) Berjaya Sompo Insurance Berhad, Dr. Suryati Ishak - Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia dan Ekonomi (SPE) UPM, dan Puan Manisah Othman - Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE).
Kerjasama ini menandakan langkah proaktif CiRNeT dalam membina hubungan yang erat dengan industri, sekaligus membuka peluang-peluang pembangunan dan pertumbuhan bersama antara Universiti Putra Malaysia dan Berjaya Sompo Insurance Berhad.

Tarikh Input: 29/12/2023 | Kemaskini: 29/12/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbOAM~