SESI PERBENTANGAN PROJEK “DEVELOPMENT OF GRAPHENE BATTERY FOR FUTURE ELECTRIC VEHICLE” | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » SESI PERBENTANGAN PROJEK “DEVELOPMENT OF GRAPHENE BATTERY FOR FUTURE ELECTRIC VEHICLE”

SESI PERBENTANGAN PROJEK “DEVELOPMENT OF GRAPHENE BATTERY FOR FUTURE ELECTRIC VEHICLE”

31 Januari 2023, Serdang- Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) telah mengaturkan satu sesi perbentangan projek bertajuk "Development of Graphene Battery for Future Electric Vehicle" telah diadakan di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Putra Malaysia. Projek yang sedang diusahakan oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini bertujuan untuk menghasilkan bateri yang lebih cekap dan berdaya tahan lebih lama untuk kereta elektrik masa hadapan.

 

Sesi perbentangan ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar, Puncak RM Sdn Bhd, ahli-ahli penyelidik dan pakar industri tempatan. Dalam perbentangan tersebut, ketua kumpulan penyelidik Dr. Mohd Roshdi Hassan telah mempersembahkan hasil kajian mereka untuk tahun pertama dalam menghasilkan bateri grafen yang lebih efisien.

 

Menurut Dr. Mohd Roshdi Hassan, bateri grafen ini boleh bertahan lebih lama daripada bateri lithium-ion biasa yang digunakan dalam kereta elektrik sekarang. Selain itu, bateri grafen juga lebih cekap dan boleh menampung lebih banyak tenaga, menjadikannya lebih sesuai untuk digunakan dalam kereta elektrik masa hadapan.

 

Walaupun masih dalam peringkat pembangunan awal, para penyelidik berharap bahawa bateri grafen ini akan segera boleh dihasilkan dalam skala besar dan dipasang dalam kereta elektrik masa hadapan. Projek ini juga dijangka dapat membantu mempercepatkan pembangunan industri kereta elektrik di Malaysia.

 

Sehubungan itu, sesi perbentangan ini telah berjaya memberi pendedahan tentang kepentingan penghasilan bateri grafen yang lebih efisien dan memacu usaha dalam pembangunan teknologi bateri bagi kereta elektrik masa hadapan. Projek ini juga diharapkan dapat membantu memacu industri kereta elektrik di Malaysia dan memberi manfaat pada alam sekitar.

Tarikh Input: 23/02/2023 | Kemaskini: 23/02/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbTAx~