Sesi Meet & Greet Himpunkan CEO Bersama UPM | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Sesi Meet & Greet himpunkan CEO bersama UPM

Sesi Meet & Greet himpunkan CEO bersama UPM

16 Mac 2023, Serdang- Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) UPM baru-baru ini mengadakan Sesi Meet and Greet CEO bersama Universiti Putra Malaysia (UPM), di mana 30 rakan industri dari pelbagai bidang usaha hadir dalam sesi tersebut. Sesi ini bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada rakan industri tentang perkhidmatan serta manfaat yang ditawarkan oleh UPM, termasuk peluang pendanaan, promosi perkhidmatan, penyelidikan, pengkomersialan inovasi dan latihan yang ditawarkan kepada luar. Para CEO dari rakan industri yang hadir menyatakan bahawa mereka merasa sangat berguna dengan sesi ini dan berharap dapat terus berkerjasama dengan UPM di masa depan. Sesi ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan antara UPM dan industri serta memperkenalkan lebih lanjut kepada industri mengenai potensi UPM dalam memberikan sokongan bagi perkembangan perniagaan mereka.

Tarikh Input: 27/03/2023 | Kemaskini: 27/03/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbQAW~