8 Mei 2024, Puchong, Centre for Industrial Relation and Network (CiRNeT), Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama pasukan IPR@UPM telah menganjurkan program Team Building untuk staf Centre for Industrial Relation and Network, CiRNeT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dan IPR yang bertempat di Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC).
Program ini disertai oleh 15 orang peserta dan dibantu oleh fasilitator yang merupakan pelajar tahun 2, Bacelor Sains Taman dan Rekreasi dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM. Tujuan team building ini dijalankan adalah bagi:
* Meningkatkan kerjasama dan komunikasi antara staf.
* Membina semangat kepimpinan dan kepercayaan diri.
* Memupuk semangat berpasukan dan meningkatkan moral pekerja.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah treasure hunt, water confident, latihan kepimpinan, latihan kepakaran mengikut arahan, dan beberapa permainan seperti radio buruk serta sorakan setiap kumpulan. Para peserta sangat menikmati aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan berharap aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.
Tarikh Input: 17/07/2024 |
Kemaskini: 17/07/2024 | zaidi_tajuddin
PERKONGSIAN MEDIA