Program Tanam Pokok Hutan Kerjasama UPM - Procurement/ Supply Chain, SBOKL | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Program tanam pokok hutan kerjasama UPM - Procurement/ Supply Chain, SBOKL

Program tanam pokok hutan kerjasama UPM - Procurement/ Supply Chain, SBOKL

PUCHONG, 12 Mei 2023 – Shell Business Operation Kuala Lumpur dengan kerjasama strategik Pusat
Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), UPM dan Sultan Idris Shah Forest Education Center (SISFEC),
UPM telah menganjurkan program PROJECT HEROES: FOREST ADOPTION; TREE PLANTING PROGRAM.
Program peringkat universiti ini merupakan program permulaan antara pihak SHELL bersama UPM bagi
program Project Heroes jangka panjang untuk tempoh 5 tahun.

Seramai kira-kira 80 orang yang telah
terlibat dalam program ini yang terdiri daripada kakitangan pihak Shell.Program penanaman pokok di Sultan Idris Shah Forest Education Center (SISFEC) ini bertujuan untuk memberi komitmen yang jitu terhadap kelestarian alam sekitar. Dengan inisiatif program sebegini ianya dapat meningkatkan kualiti udara, mengembalikan habitat semula jadi, dan memberikan manfaat kepada manusia serta flora dan fauna.

 


Pada program ini sebanyak 140 anak pokok hutan tempatan telah ditanam. Antara spesis pokok yang
telah ditanam adalah, Merawan siput jantan, kempas, kapur, meranti sarang punai, merbau, perah,
pelong licin, kerdas, Sentul dan kelat.


Program penanaman pokok ini mencerminkan peningkatan keterlibatan industri dalam menangani
perubahan iklim dan mempromosikan amalan mampan. Pihak Shell menunjukkan dedikasi dalam
memulihara alam sekitar dan secara tidak langsung dapat dijadikan contoh bagi menggalakkan industri
lain untuk mengikutinya.

Tarikh Input: 16/05/2023 | Kemaskini: 16/05/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbSAW~