Program Kesedaran Kesihatan Pekerjaan Bromma (M) Sdn Bhd X UPM | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Program kesedaran kesihatan pekerjaan Bromma (M) Sdn Bhd X UPM

Program kesedaran kesihatan pekerjaan Bromma (M) Sdn Bhd X UPM

30 April, Serdang - Sesi perbincangan bersama pihak Bromma (M) Sdn Bhd telah diadakan pada 30 April 2021 mengenai hasrat syarikat terbabit yang memerlukan kepakaran UPM dalam menyediakan program kesedaran kesihatan dan latihan kepada pekerja syarikat tersebut yang memfokuskan kepada topik berikut:

  1. Program keselamatan & kemalangan jalan raya
  2. Program kesedaran merokok
  3. Program penjagaan pendengaran
  4. Program kesedaran ergonomik

Pihak CiRNeT membantu menyediakan kertas kerja kepada pihak Bromma bagi mendapatkan persetujuan serta keperluan kewangan dari syarikat terbabit berhubung cadangan pelaksanaan program tersebut yang dijangka diadakan bermula pada sukuan 4 tahun 2021

Tarikh Input: 18/02/2022 | Kemaskini: 18/02/2022 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbPAK~