Potensi Kerjasama UPM Bersama Argonautica Holding Sdn Bhd | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Potensi Kerjasama UPM bersama Argonautica Holding Sdn Bhd

Potensi Kerjasama UPM bersama Argonautica Holding Sdn Bhd

2 Mac 2023, Serdang - UPM dan Argonautica Holding Sdn Bhd telah mengadakan sesi diskusi pada 2 Mac 2023 bagi membincangkan potensi kerjasama dalam Agenda Gedung Makanan Negara 4.0. Pertemuan ini bertujuan untuk mempertingkatkan inovasi dalam industri makanan dan membantu meningkatkan produktiviti serta kecekapan dalam pengeluaran makanan. UPM dan Argonautica Holding berharap dapat bekerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk kepakaran, pembangunan, dan pemasaran produk makanan yang lebih inovatif dan berkesan di pasaran global. Kedua-dua pihak bersetuju memberi komitmen untuk mengembangkan Agenda Gedung Makanan Negara 4.0, seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat

Tarikh Input: 23/03/2023 | Kemaskini: 23/03/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbQAe~