Potensi Kerjasama Penyelidikan UPM Bersama ROMPINE | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Potensi Kerjasama Penyelidikan UPM bersama ROMPINE

Potensi Kerjasama Penyelidikan UPM bersama ROMPINE

6 Jan 2023, Kuala Rompin - Pusat Hubungan dan Jaringan Industri Universiti Putra Malaysia (CiRNeT UPM) telah mengadakan mesyuarat susulan bersama Syarikat Rompin Integrated Pineapple Industries Sdn. Bhd. (RIPI), pengeluar nanas premium berjenama Rompine™, bersama rakan industri dari Korea Selatan Sunforest Co. Ltd.

Dalam mesyuarat berkenaan Ketua Pegawai Eksekutif RIPI En. Mohd Shafiq Fayyadh Bin Mohd Sheth telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam mengkaji dengan lebih lanjut mekanisme pengesanan kualiti serta klasifikasi buah nanas dan buah-buahan lain dengan menggunakan teknik spektroskopi gelombang inframerah dekat. Wakil dari syarikat Sunforest juga telah menyatakan persetujuan dan sokongan untuk kajian lebih lanjut dijalankan oleh para penyelidik Universiti Putra Malaysia.

Mesyuarat tersebut adalah susulan daripada pertemuan pertama antara Pihak UPM yang diwakili Timbalan Pengarah CiRNeT dan wakil-wakil Jabatan Biokimia Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM pada 21 September 2022. Para penyelidik berpeluang mengadakan lawatan ladang, dan kilang memproses nanas serta telah diberikan taklimat berkenaan fasiliti yang ada.

Tarikh Input: 17/01/2023 | Kemaskini: 17/01/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbUA0~