10 Julai 2024,Serdang- Centre for Industry Relations and Networks (CiRNeT), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah mengadakan mesyuarat dengan KasehCare di UPM. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan potensi kerjasama antara UPM dan KasehCare, khususnya dalam bidang latihan profesional yang ditawarkan di UPM. CiRNeT diwakili oleh Encik Izwan Hakimi, bersama pegawai-pegawai dari KasehCare.

Tujuan kerjasama ini adalah untuk meningkatkan kualiti dan capaian program latihan profesional, serta memupuk pertumbuhan dan pembangunan bersama. Kedua-dua pihak berharap bahawa kerjasama ini akan membawa kemajuan yang signifikan dan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Tarikh Input: 17/07/2024 | Kemaskini: 17/07/2024 | zaidi_tajuddin

Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA