Perbincangan Jalinan Kerjasama Antara UPM Dan BNIH Farm Sdn Bhd | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Perbincangan Jalinan Kerjasama antara UPM dan BNIH Farm Sdn Bhd

Perbincangan Jalinan Kerjasama antara UPM dan BNIH Farm Sdn Bhd

 

22 Mac 2023, Cyberjaya - Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT UPM) telah melawat premis syarikat BNIH Farm Sdn Bhd untuk meneroka potensi kerjasama dalam perusahaan mikrogreen dan herba. BNIH Farm Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat perusahaan tanaman menegak berteknologi yang terletak di Cyberjaya dan mengkhususkan diri dalam penyelidikan, pembangunan, dan pengeluaran produk mikrogreen serta herba. Semasa kunjungan, delegasi dari UPM dan BNIH Farm Sdn Bhd telah membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan dan inovasi produk, teknologi dan produk hiliran mikrogreen. Kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan perbincangan mengenai kerjasama dalam pembangunan produk mikrogreen dan herba yang berkualiti dan berpotensi untuk pasaran global. Lawatan tersebut diharapkan dapat membawa manfaat besar kepada kedua-dua pihak dan industri mikrogreen dan herba secara keseluruhan.

Tarikh Input: 13/04/2023 | Kemaskini: 13/04/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbPAs~