Pengukuhan Dan Potensi Kerjasama Antara UPM-MDEC | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Pengukuhan dan potensi kerjasama antara UPM-MDEC

Pengukuhan dan potensi kerjasama antara UPM-MDEC

22 Februari 2022, Cyberjaya - Sesi pertemuan dan perbincangan antara Universiti Putra Malaysia bersama Malaysia Digital Economy Corporation berkenaan pengukuhan dan potensi kerjasama antara pihak-pihak. Turut dibincangkan berkenaan status semasa kerjasama pihak-pihak merangkumi MoU, pembangunan projek semasa serta pemadanan geran. Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad, Pengerusi MDEC dan dihadiri barisan CEO dan pengurusan MDEC. Manakala UPM pula dihadiri oleh YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM,

Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timb Naib Canselor JINM UPM, serta dari pengurusan Pejabat TNC JINM UPM, Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT, University Community Transformation Centre - UCTC UPM dan Pusat Pertanian Putra.
 

Tarikh Input: 18/06/2022 | Kemaskini: 18/06/2022 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbNAm~