Majlis Serahan Watikah Pelantikan CEO@SPE | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Majlis Serahan Watikah Pelantikan CEO@SPE

Majlis Serahan Watikah Pelantikan CEO@SPE

14 Januari, Serdang - Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan CEO@SPE kepada Tuan Haji Mohd Asri Ahmad, CEO dan Fouder Asri Ahmad Academy Sdn Bhd. telah berjaya dilaksanakan pada 14 Januari 2022 dengan dihadiri oleh Pengarah Pusat Perhubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) UPM beserta pegawai dan juga warga Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Majlis ini diadakan sebagai simbolik pelantikan CEO@SPE yang telah diluluskan di peringkat universiti yang berkuatkuasa mulai 1 November 2021. Perintis kepada pelantikan CEO@SPE adalah bermula dengan CEO@Faculty Programme (CFP). Ianya merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Tarikh Input: 18/02/2022 | Kemaskini: 18/02/2022 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbTAd~