Lawatan UPM Ke Al Khairi Group Berhad | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Lawatan UPM ke Al Khairi Group Berhad

Lawatan UPM ke Al Khairi Group Berhad

1 Disember, Shah Alam - Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) telah mengadakan kunjungan ke Syarikat Al Khairi Group Berhad di Shah Alam pada 1 Disember 2021 rentetan perbincangan kolaborasi secara dalam talian yang telah diadakan pada 10 November 2021 yang lalu. Syarikat Al Khairi berminat menjalinkan kerjasama dengan UPM dalam Latihan Industri dan Internship dalam beberapa bidang antaranya bidang pertanian, penternakan, sains makanan, HRD, pemasaran, perniagaan dan sains komputer. Pihak CiRNeT akan menguar-uarkan kepada fakulti yang berkaitan agar disampaikn kepada pelajar tahun akhir yang berminat untuk menghantar CV kepada pihak CiRNeT untuk dikumpul dan dihantar kepada pihak industri.

Tarikh Input: 18/02/2022 | Kemaskini: 18/02/2022 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbOAp~