Lawatan Tapak Dan Perbincangan Bersama Flowstudios Sdn Bhd | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » Lawatan tapak dan perbincangan bersama Flowstudios Sdn Bhd

Lawatan tapak dan perbincangan bersama Flowstudios Sdn Bhd

19 Januari, Serdang- UPM menerima kunjungan dan lawatan tapak dari syarikat Flowstudios Sdn Bhd ke tapak projek Aquakultur Pusat Pertanian Putra di ladang Puchong pada 19 Januari 2022. Flowstudios Sdn Bhd merupakan rakan teknologi MDEC telah membuat lawatan tapak bagi melihat fasiliti sedia ada serta kesesuaian tapak dalam pelaksanaan projek akuakultur secara IOT menerusi kerjasama UPM-MDEC. Perancangan pembangunan projek ini dijangka dilaksanakan pada penghujung bulan Feb 2022.

Tarikh Input: 18/02/2022 | Kemaskini: 18/02/2022 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbVAw~