LAWATAN KERJA KSU KKMM KE PEJABAT NAIB CANSELOR | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » LAWATAN KERJA KSU KKMM KE PEJABAT NAIB CANSELOR

LAWATAN KERJA KSU KKMM KE PEJABAT NAIB CANSELOR



29 September 2016
 - YBhg. Dato' Seri Datin Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat YBhg. Datin Paduka Prof. Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM.


Lawatan kerja ini adalah sebahagian daripada program yang telah dirancangkan dibawah CEO@Faculty Programme.

Semasa lawatan tersebut, beliau dan Datin Paduka Naib Canselor telah bertukar-tukar pendapat serta pandangan terhadap pembangunan pelajar secara keseluruhan.

Turut hadir adalah YBhg. Prof. Ir. Dr-Ing Ranuganth Varatharajo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM serta Prof. Madya Dr. Azlizam Aziz, Pengarah, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri.

 



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbGAm~