4 November 2024, UPM – Pusat Hubungan dan Jaringan Industri, CiRNeT Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan pertemuan dengan Virtualtech Frontier (VTF), yang dijalankan dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM).

Pertemuan ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama strategik antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan VTF. Kerjasama ini diharapkan dapat menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak dalam mempelopori inisiatif dan projek inovatif yang menyokong kemajuan teknologi frontier. Ia juga akan menyediakan peluang praktikal yang berharga bagi pelajar dan kakitangan akademik UPM.
Pertemuan ini turut dihadiri oleh wakil CiRNeT, Encik Amir Heiqal Mohd Rusli dan Encik Izwan Hakimi, bersama Prof. Dato' Dr. Shamala Subramaniam, Dekan FSKTM, serta Ketua Pentadbir dan beberapa pegawai dari FSKTM. Beberapa wakil dari VTF turut hadir, menjadikan sesi ini sebagai pertemuan penting untuk membincangkan peluang kerjasama antara UPM dan VTF.
Tarikh Input: 16/12/2024 | Kemaskini: 16/12/2024 | zaidi_tajuddin

Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA