CiRNeT Serah Surat Lantikan Program CEO@PTJ Sesi 2024-2025 | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » CiRNeT Serah Surat Lantikan Program CEO@PTJ Sesi 2024-2025

CiRNeT Serah Surat Lantikan Program CEO@PTJ Sesi 2024-2025

1 Ogos 2024, UPM - Centre for Industry Relations and Networks (CiRNeT) telah mengadakan majlis penyerahan surat lantikan bagi program CEO@PTJ sesi 2024-2025 kepada Dr. Qing Zhang, CEO Sichuan Ludong Construction Engineering Co. Ltd. Lantikan ini berkuat kuasa selama satu (1) tahun, bermula 1 April 2024 hingga 31 Mac 2025.

Melalui penyampaian surat lantikan ini, CiRNeT berharap kerjasama ini dapat memperkukuh hubungan antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan industri melalui perkongsian pengalaman bersama pelajar dan pensyarah universiti. Program ini juga dilihat dapat membantu dalam pembangunan pendidikan, memastikan kesesuaian pembelajaran dan kriteria yang selari dengan keperluan industri semasa.

CiRNeT mengucapkan tahniah kepada Dr. Qing Zhang atas pelantikannya dan berharap program ini dapat menyokong fakulti serta universiti dalam merealisasikan usaha integrasi dan sinergi antara pihak industri dan universiti. Kerjasama ini sekali lagi membuktikan komitmen UPM dalam memperkukuh hubungan antara dunia akademik dan profesional.

Tarikh Input: 16/12/2024 | Kemaskini: 16/12/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
F, (10:52:53pm-10:57:53pm, 05 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]