CiRNeT Jayakan Sesi Pitching Geran Industri Farm Fresh-UPM | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » CiRNeT Jayakan Sesi Pitching Geran Industri Farm Fresh-UPM

CiRNeT Jayakan Sesi Pitching Geran Industri Farm Fresh-UPM

Centre for Industry Relations and Networks (CiRNeT) dengan cemerlang telah menyelaras sesi pitching geran industri antara Farm Fresh dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Sesi ini menyaksikan penglibatan seramai 17 calon dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM yang berpeluang membentangkan projek inovatif untuk pembangunan sektor ternakan dan tenusu.

Kerjasama ini turut melibatkan Farm Fresh at UPM dan Farm Fresh Milk Malaysia sebagai rakan industri strategik. Sesi ini menjadi platform penting untuk peserta berkongsi idea inovatif dan menonjolkan komitmen UPM terhadap pengukuhan kerjasama universiti-industri yang berimpak tinggi, sejajar dengan usaha memperkasa inovasi dalam sektor pertanian dan tenusu negara.

Tarikh Input: 16/12/2024 | Kemaskini: 16/12/2024 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
X, (08:22:43pm-08:27:43pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]