CIRNET BERKERJASA MENJAYAKAN KURSUS FASILITATOR ALAM SEMULAJADI DI PORT DICKSON | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » CIRNET BERKERJASA MENJAYAKAN KURSUS FASILITATOR ALAM SEMULAJADI DI PORT DICKSON

CIRNET BERKERJASA MENJAYAKAN KURSUS FASILITATOR ALAM SEMULAJADI DI PORT DICKSON

CIRNET BERKERJASAMA MENGANJURKAN KURSUS FASILITATOR ALAM SEMULAJADI

 

CiRNeT dengan kerjasama Perhutanan Negeri Sembilan telah mengadakan latihan selama 3 hari daripada 13hb hingga 15hb November 2017, untuk pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Pusat Pendidikan Eco-Education Sg Menyala di Port Dickson.

Kursus latihan pemindahan pengetahuan ini melibatkan beberapa pengajar dari Fakulti Perhutanan UPM dan 15 peserta dari DBKL yang akhirnya akan membentuk pasukan teras untuk melaksanakan program pendidikan alam sekitar di taman-taman awam di sekitar KL.

Tujuan utama latihan kali ini adalah menjalankan ujian untuk modul-modul yang disediakan dengan kerjasama antara UPM dan DBKL sejak tahun 2016. Satu lagi program akan diadakan di Tasik Perdana Botanical Garden KL pada Disember 2017 .

Tarikh Input: 16/11/2017 | Kemaskini: 16/11/2017 | syam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXDdFAv~