8 Ogos 2024, Serdang- Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT mengaturkan sesi perbincangan antara KWAP Malaysia (Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan) bersama Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia dan Putra Science Park UPM. Perbincangan ini bertujuan untuk meninjau potensi kerjasama dalam pelaburan projek tanaman bernilai tinggi serta pengkomersilan produk UPM.

Sesi ini membuka peluang untuk meneroka sinergi antara institusi kewangan dan akademik dalam mengembangkan sektor pertanian dan membawa produk-produk inovatif UPM ke pasaran. Kami berharap kerjasama ini akan membawa manfaat besar kepada semua pihak yang terlibat.
Tarikh Input: 16/12/2024 | Kemaskini: 16/12/2024 | zaidi_tajuddin

Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA