CEO@Faculty Program 4.0 UPM Sumbang Kepakaran Bersama Industri Dan Komuniti | PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
» BERITA » CEO@Faculty Program 4.0 UPM sumbang kepakaran bersama industri dan komuniti

CEO@Faculty Program 4.0 UPM sumbang kepakaran bersama industri dan komuniti

oleh: Rishzuan Talib, CiRNeT

26 Januari 2023, Hulu Langat – Sesi lawatan tapak (site-visit) bagi program CSR di bawah CEO@Faculty
Program 4.0 UPM telah dilaksanakan di Ladang Nurfarm Agro, Hulu Langat, Selangor. Lawatan ini juga
telah diwakili oleh Pegawai daripada CiRNET dan UCTC, UPM. Tujuan lawatan ini dilaksanakan adalah
untuk berbincang mengenai hasrat berkaitan Projek Compost as Carbon Bank bersama pengusaha
NurFarm Agro Sdn Bhd, iaitu Encik Abdul Adziz bin Hasan.

Objektif Program yang akan dilaksanakan adalah untuk Pemindahan ilmu kepada penternak ruminan
bagi menghasilkan kompos dari tinja haiwan ternakan mereka. Hasil ini juga boleh dijadikan pendapatan
sampingan bagi penternak ruminan. Program yang dijangka akan diadakan pada 16 Mac 2023 ini menyasarkan penyertaan dari kalangan anak-anak FELCRA dan penternak dikalangan senarai Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (JPV) seramai 20 orang.

Bagi Tentatif program, ianya akan merangkumi, (i) sesi dialog bersama para peserta dan Ketua Pasukan
Interim Lembaga Ruminan Negara dan (ii) sesi latihan praktikal tatacara penghasilan kompos dari tinja
kambing oleh Encik Abdul Adziz bin Hasan dan felo-felo CEO@Faculty Program 4.0 dari UPM.

 

Tarikh Input: 01/02/2023 | Kemaskini: 01/02/2023 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT HUBUNGAN DAN JARINGAN INDUSTRI (CiRNeT)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1261
-
SXEbTAJ~